Duit bukan segala-galanya tetapi boleh dikatakan semua benda memerlukan duit.
Ramai ahli perniagaan berpendapat, untuk memperolehi wang yang banyak, kita perlu mencari masalah. Cuba cipta kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka kaedah itu akan bernilai berjuta-juta atau mungkin berbilion-bilion ringgit. Atau mungkin hanya sekadar bernilai beberapa puluh ribu ringgit.
Mungkin anda pernah terfikir seperti ini. Mungkin anda pernah memikirkan apa yang boleh menggembiran orang ramai yang tersangkut di dalam keadaan trafik jalan raya yang sesak. Mungkin anda juga pernah terfikir untuk menyediakan suatu perkhidmatan yang akan menjaga keselamatan kanak-kanak.
Daripada idea yang anda fikirkan, mungkin anda tidak laksanakan dengan jayanya. Kerana apa? Jawapan mudah yang mungkin ramai orang berikan adalah “Tidak cukup duit untuk melakukannya”, “Dah mulakan, tetapi tak berjaya kerana ada masalah lain timbul”, dan sebagainya.
Sebagai contoh, bayangkan anda mempunyai idea iaitu: Menjual sayur-sayuran segar dengan cara menghantar sayur-sayuran segar tersebut ke seluruh semenanjung Malaysia terus ke rumah pembeli. (Idea ini telah dilakukan di Jepun dengan jayanya).
Apabila anda mula menjual sayur dengan berpandukan idea ini, mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk menghantarkannya. Mungkin juga kesegaran sayur-sayuran tersebut telah berkurangan.
Lalu idea tersebut mungkin dibeli oleh orang lain dan orang lain berjaya melakukannya. Mengapa orang lain berjaya melakukannya? Kerana mereka telah mengubahsuai dan menutup kelemahan-kelemahan system di dalam idea anda.
Ini menunjukkan idea anda bernas, tetapi tidak lengkap dan mempunyai kelemahan. Saya sendiri telah melihat bagaimana idea penjualan sayur seumpama ini telah beroperasi dengan jayanya di Malaysia (walaupun masih terdapat banyak kelemahan).
Idea itu tidak begitu penting. Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda melaksanakannya. Idea-idea membuat duit jika sekilas pandang, tampak mudah. Ya, benar. Memang ada yang benar-benar mudah. Tetapi hakikatnya, ramai peniaga yang gulung tikar.
Kemungkinan besar, mereka yang gulung tikar itu mengejar objektif idea-idea hebat di mana ramai yang tidak mengetahuinya.
Adalah penting mencari idea yang mempunyai risiko yang serendah mungkin. Setiap risiko perlu diambilkira dan memerlukan pelaburan yang lebih untuk langkah-langkah keselamatan.
Jika anda memiliki idea yang begitu hebat sekalipun, idea tersebut pasti memerlukan perubahan selaras dengan perubahan masa.
Sejak kebelakangan ini, banyak diperkenalkan kaedah memperolehi wang melalui internet. Ada yang bersistem multi-level dan ada juga panduan serta rahsia-rahsia memperolehi wang melalui internet. Kaedah melaksanakannya agak mudah. Perjalanan sistemnya juga ringkas.
Kerana ada yang memulakannya dan telah mengecapi kejayaan yang agak membanggakan, maka panduan membuat duit melalui internet menjadi laris. Kos permulaan yang tinggi bukan halangan jika bijak menguruskannya.
Mencari wang bukan sesuatu yang mudah
Tetapi ramai juga yang menemui kegagalan.
Terdapat banyak jalan yang boleh kita tempuhi untuk memperoleh wang. Salah satu caranya adalah melibatkan diri dalam dunia akuakultur.
Dunia akuakultur cukup unik. Terlalu banyak option yang ada di dalam dunia akuakultur. Kerana terlalu banyak option inilah yang menjadikan dunia akuakultur sangat menarik dan seronok bagaikan bermain video games.
Apa yang menjadikan sesebuah video games itu menarik dan seronok dikendalikan adalah kerana terlalu banyak option. Kita bertindak mengikut cara tertentu, kita akan perolehi hasil yang tertentu. Sesebuah video games akan ‘mati’ jika visualnya cantik tetapi kita hanya perlu menekan beberapa butang untuk mencapai kejayaan.
Option di dalam dunia akuakultur merupakan cabaran kepada ramai orang, menyebabkan ramai yang gulung tikar dan ramai yang memperolehi hasil sekadar cukup makan. Orang yang seronok bermain dengan dunia akuakultur akan memperolehi kejayaan dalam jalan yang begitu menyeronokkan.
Bagi penternak haiwan akuakultur, makanan merupakan antara masalah utama untuk beranjak lebih maju.
Tentu ramai penternak yang pelik bagaimana ada peniaga yang boleh menawarkan ikannya dengan harga yang sangat rendah, RM3 per kg, malah pembeli boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dan peniaga seolah-olah tidak risau menawarkan harga rendah. Apakah makanan yang mereka berikan kepada ikan-ikan mereka?
Ada juga penternak yang menawarkan anak ikan dengan harga yang terlalu murah, hanya beberapa sen seekor dan boleh dikurangkan lagi. Bagaimana ini dilakukan?
Jawapannya mudah, kebanyakan daripada mereka menggunakan rotifer untuk menternak ikan mereka. Dengan menggunakan rotifer sebagai makanan ikan, kos boleh dikurangkan sehingga ke tahap percuma.
Apa itu rotifer?
Rotifer merupakan sejenis haiwan akuatik mikro yang diberikan kepada ternakan. Rotifer adalah sejenis zooplankton. Contoh haiwan yang memakan rotifer adalah ikan dan udang.
Dapatkan e-book bertajuk “Rahsia Buat Duit di Malaysia: Menternak Hidupan Akuatik Tanpa Kos Makanan” dengan harga RM 25.
E-book ini merupakan blueprint daripada pengalaman orang-orang terdahulu yang telah berjaya di dalam dunia akuakultur tentang kaedah-kaedah yang bersistematik menternak rotifer yang telah terbukti.
Sistem-sistem yang menjadi rahsia orang-orang yang telah berjaya digarap di dalam e-book ini dengan susunan yang cukup mudah difahami. Sistem-sistem penyediaan tersebut dihuraikan langkah demi langkah, lengkap dengan tips dan cara menjaganya ketika menghadpi masalah.
Perniagaan yang ditunjukkan adalah rahsia yang agak ‘tricky’ berkaitan makanan ternakan akuatik di mana ramai orang tidak terfikir untuk melakukannya dan ramai orang tidak terfikir boleh mendatangkan hasil. Malah ada juga yang tahu tetapi merahsiakannya.
E-book Rahsia Buat Duit di Malaysia: Menternak Hidupan Akuatik Tanpa Kos Makanan ini disediakan khas untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan cara termurah untuk mendapatkan makanan bagi ikan. Kaedah mendapatkan makanan ikan yang ditunjukkan di sini telah menjadi suatu keperluan yang penting bagi kebanyakan penternak yang telah berjaya.
Melihat pada tajuknya, kandungan e-book ini juga sangat sesuai bagi mereka yang mahu menukar angin dalam pekerjaannya ataupun bagi mereka yang mati akal bagaimana mahu menjana sumber kewangan, di mana kandungan yang disediakan di sini mempunyai kelebihan yang sangat tinggi, iaitu anda mampu menternak ikan atau lain-lain hidupan akuakultur tanpa memerlukan wang untuk pemakanannya.
Kandungan e-book ini merupakan kesinambungan teknik-teknik yang terdapat di dalam dunia akuakultur, di mana kaedah mendapatkan makanan ternakan akuakultur dipertingkatkan, dan boleh menggantikan pelet makanan ternakan. Kandungan e-book ini digarap agar secara langkah-demi-langkah selaras dengan objektifnya untuk menunjukkan cara bagaimana melakukannya.
Bagi memudahkan pembaca memahami kandungan yang cuba disampaikan, sesetengah topik disertakan dengan gambarajah dan lukisan terbantu komputer. Para pembaca boleh menjadikan contoh-contoh yang diberikan sebagai panduan agar dapat membina sebuah sistem untuk mendapatkan makanan ikan yang berkesan.
Turut dimuatkan di dalm e-book ini ialah bagaimana membekalkan makanan kepada rega yang baru lahir yang bersaiz sangat kecil seperti ikan ketutu dan juga udang.
Rega ikan ketutu yang baru lahir adalah bersaiz sangat kecil dan susah untuk memakan rotifer yang bersaiz agak besar berbanding saiz rega itu sendiri. Bukan itu sahaja, pergerakan rotifer yang pantas juga boleh membunuh rega ternakan tersebut kerana perlanggaran.
E-book ini dibahagikan kepada 7 bab lengkap dengan contoh pengiraan dan langkah-langkahnya.
Bab Satu: Dunia Perniagaan yang Serba Mencabar
Bab Dua: Pengenalan Menternak Hidupan Akuatik Tanpa Kos Makanan
Bab Tiga: Jenis-Jenis Sistem Penyediaan Rotifer
Bab Empat: Sistem Semua Dalam Satu
Bab Lima: Sistem Asingan
Bab Enam: Sistem Terpisah
Bab Tujuh: Strategi Perniagaan
Jumlah muka surat e-book: 73 muka surat
Format: PDF
Bahasa: Bahasa Melayu
Harga: RM 25
Berminat untuk mendapatkannya, klik di sini untuk download
Filed under: Uncategorized | No Comments »







